Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
Alhamdulillah, selesai sudah Festival Masyid SSKPM Peringkat Negeri Perak pada 13 hingga 14 Mei yang lalu di SBPI, Gopeng.. Pertandingan yang cukup sengit dalam kategori Sekolah Rendah dan Menengah.. Semua pasukan telah mampu meningkatkan prestasi tanda sudah memahami peraturan dan skima FNSSKPM.. Syukur pada Allah, Kumpulan IQ masih mengekalkan prestasi yang membanggakan walaupun sekadar Naib Johan (Naib Johan sudah menepati target dan SKT Jurulatih walaupun target Pengetua Johan).. Setelah kehilangan Jurulatih berpengalaman Ustaz Mohd Zulkifli yang sekarang ini bertugas di SMKASAS dan menjadi Jurulatih Kumpulan Sofwatunnur (Johan), dibimbangi prestasi IQ akan merudum.. Berkat pertolongan Allah Taala, usaha para Ustaz2, Ustazah2, Cikgu2 serta Ahli IQ disamping dorongan Barisan Pentadbir Sekolah (Khususnya Pengetua dan Penolong Kanan yang hadir bersama menyaksikan IQ berentap) dan Pegawai PPD, IQ masih bernafas segar.. Semoga usaha menjadikan Nasyid, Etos sekolah dalam bidang Ko-Kurikulum dapat diteruskan.. Syabas kepada semua yang terlibat di atas pengorbanan masa, tenaga, kewangan kalian.. Usrah IQ 2011 ingatlah! Redha Allah paling utama..
Keputusan Penuh FNSSKPM Negeri Perak 2011 : Tarikh : 13-14/5/2011
Kategori Sekolah Rendah :
Johan : SK Sri Setiawan, Manjung (Soutul Naajihin)
Naib Johan : SK Tambun, Kinta Utara
Tempat Ke3 : SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar
Kategori Sekolah Menengah :
Johan : SMKA Sultan Azlan Shah, Perak Tengah (Sofwatunnur) 85%
Naib Johan : SMK Seri Perak, Hilir Perak (IQ) 78%
Tempat Ke3 : SMKA Kerian, Kerian (Nurrahman) 76%
Lagu Nasyid yang telah disampaikan oleh IQ ialah :
1. Lagu Masri : Akidah kukuh Sahsiah Terpuji
2. Lagu Komtemporari : Tunaikanlah Ibadah Zakat
"SEMARAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN".. Ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster Kecemerlangan.. Wassalam