Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Rabu, 23 November 2011

Pagi yang mengejutkan..



Salam.. pagi ini kita dikejutkan dengan berita perginya Penolong Pengarah SPI JPN Perak Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fadzil Dasuki ke rahmatullah atas sebab kemalangan jalanraya di lebuhraya berdekatan Kuala Kangsar.. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping.. Allahyarham adalah seorang pegawai SPI yang sangat peramah dan disenangi oleh semua GPI seluruh negeri Perak.. Amat benarlah sabda Rasulullah saw tentang kematian-kematian yang mengejutkan di akhir zaman ini.. Mudahan Roh beliau ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang diterima segala amalan di sisi Allah dan berada bersama para shuhada' dan solehiin..aamiin, Al-Fatihah..

Ahmad Fadzil Dasuki
Allahyarham Ustaz Ahmad Fadzil Dasuki
Jasa dan baktimu menegakkan Dakwah Islamiah akan sentiasa dikenang..

Sabtu, 19 November 2011

Bermulalah cuti akhir tahun persekolahan sesi 2011..

Salam.. Hari ini bermulalah cuti akhir tahun sesi persekolahan 2011 dengan anak-anak didik calon SPM dan STPM masih berjuang di medan peperiksaan masing-masing.. Pisbaqsemarak mengucapkan selamat bercuti dalam sabatikal dengan Allah Taala dan selamat berjuang untuk anak-anak didik terutamanya calon-calon SPM khususnya dalam subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Bahasa Arab Tinggi.. Do your best and perform pray with tawakkal to Allah...

Khamis, 10 November 2011

Program MKAA : Idul Ilmi KAA (Anugerah Kecemerlangan KAA) 2011

Idul Ilmi KAA 2011
Tarikh : 10/11/11
Tempat : Dewan Makan Asrama
Waktu : 12.00 tgh - 2.00 ptg
Pengarah Program : Usatazah Zahani Hirawana Ahmad

Hadiah Pelajar KAA Cemerlang

Hadiah Pelajar KAA Cemerlang

Banner Idul Ilmi

Ketibaan Pengetua Tn. Hj. Masri bersama PK HEM Tn. Hj. Akhyar

Pelajar KAA

Pelajar KAA

Pelajar KAA

Pengetua dan PK HEM

PK Pentadbiran dan Guru Kanan Bidang Kemanusiaan

GPI yang hadir

Ustaz Osmera mempengerusikan majlis

Ustaz Redhuan membacakan doa

Ketua Pelajar KAA Ahmad Syafawi menyampaikan ucapan wakil pelajar KAA

Ustaz Azlan berucap mewakili MKAA

Pengetua berucap merasmikan program Idul Ilmi KAA

Pengetua menyampaikan Anugerah Sahsiah Terbaik KAA

Pengetua menyampaikan Anugerah Sahsiah Terbaik KAA

PK Petang Pn. Rokiah menyampaikan Anugerah KAA sesi petang

PK Pentadbiran menyampaikan Anugerah KAA sesi pagi

Barisan Pentadbir


Pengarah Program dua dari kiri dan AJKnya

Rabu, 9 November 2011

Program MAKDIS-Kelab Staf : Ibadah Korban Idil Adha 1432H

Ibadah Korban Idil Adha 1432H/2011M

7 November 2011 (Isnin-Raya Ke2) : 
Sembelih Lembu Korban (3 ekor)

9 November 2011 (Rabu-Raya Ke4) : 
Gotong-royong Melapah dan Memasak serta Jamuan untuk semua warga SEMARAK


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Laa Ilaha illa-Llahu wa-Llahu Akbar!
Allahu Akbar wa li-Llahil-hamd!

Melapah kecil

Daging dikumpul

Orang kuat program Cikgu Amin Ariffin

Membakar daging batang pinang

Menyiang rempah ratus
Aktiviti memasak

Melapah kecil


Membungkus hasil masakan

Mantan Pengetua turut hadir

Lagi Mantan Pengetua



Khamis, 3 November 2011

Sirih pulang ke gagang... Selamat Datang Tuan Pengetua Baru Tn. Hj. Masri

Masri Suwarto
Tn. Hj. Masri B. Suwarto



Hari ini tepat jam 8.00 pagi Pengetua baru telah melaporkan diri untuk berkhidmat di SMK Seri Perak.. Beliau tidak lain tidak bukan ialah Tn. Hj. Masri B. Suwarto. Seorang yang tidak asing lagi bagi SEMARAK.. Bekas Pelajar SEMARAK, Bekas Guru Disiplin SEMARAK, Bekas PK HEM SEMARAK.. dan sekarang Pengetua SEMARAK.. Beliau akan mula bertugas penuh di SMK Seri Perak pada 14 November ini.. Semoga dengan kedatangan beliau SEMARAK akan lebih cemerlang terutamanya dalam bidang akademik.. KepadaMu Ya ALLAh kami panjatkan doa... Aamiiin..

Selasa, 1 November 2011

Menanti Pengetua Baru..

assalamualaikum wbt..

kini warga SEMARAK berdebar2 menanti ketibaan Pengetua baru bagi menggantikan mantan Pengetua Pn. Hjh. Naimah Bt. Ali.. siapakah gerangan agaknya yee.. mudahan yang terbaik untuk semua warga SEMARAK Insya'Allah..

Radio IKIM FM