Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Khamis, 3 November 2011

Sirih pulang ke gagang... Selamat Datang Tuan Pengetua Baru Tn. Hj. Masri

Masri Suwarto
Tn. Hj. Masri B. Suwarto



Hari ini tepat jam 8.00 pagi Pengetua baru telah melaporkan diri untuk berkhidmat di SMK Seri Perak.. Beliau tidak lain tidak bukan ialah Tn. Hj. Masri B. Suwarto. Seorang yang tidak asing lagi bagi SEMARAK.. Bekas Pelajar SEMARAK, Bekas Guru Disiplin SEMARAK, Bekas PK HEM SEMARAK.. dan sekarang Pengetua SEMARAK.. Beliau akan mula bertugas penuh di SMK Seri Perak pada 14 November ini.. Semoga dengan kedatangan beliau SEMARAK akan lebih cemerlang terutamanya dalam bidang akademik.. KepadaMu Ya ALLAh kami panjatkan doa... Aamiiin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Radio IKIM FM