Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Jumaat, 21 Oktober 2011

Selamat Bersara Puan Hjh. Naimah

SELAMAT BERSARA PN. HAJAH NAIMAH BT. ALI
JASAMU TETAP DALAM KENANGAN KAMI
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
SMK SERI PERAK TELUK INTAN...

Pn. Hjh. Naimah berucap sebagai mantan Pengetua

Pn. Hjh. Naimah menandatangani buku persaraan

Gambar bersama keluarga yang disayangi


Send-Off Pn. Hjh. Naimah


Persembahan Kumpulan Nasyid 'IQ' Sempena Persaraan Pn. Hjh. Naimah


Persembahan Kumpulan Dikir Barat 'Dikir Semarak Alam'
Sempena Persaraan Pn. Hjh. Naimah

Selasa, 18 Oktober 2011

Persaraan Pengetua SMK Seri Perak, Pn. Hjh. Naimah Bt. Ali

Salam... beberapa hari lagi satu lagi sejarah persaraan Pengetua akan termaktub di SMK Seri Perak. Pn. Hjh. Naimah Bt. Ali seorang Pengetua yang berdedikasi, berprinsip, tegas dan berani akan menamatkan perkhidmatan beliau dalam sektor awam pada tanggal 19 Oktober 2011... Sambutan persaraan beliau akan diadakan pada 20 Oktober 2011 atas permintaan beliau kerana ingin menamatkan perkhidmatan hingga saat-saat terakhir iaitu 4.30 petang pada 19 Oktober 2011.. Selamat bersara Puan Naimah, semangat pengorbananmu akan kami abadikan dalam memori..


BILIK PISBAQ SEMARAK

Inilah Bilik PISBAQ (Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran) di SMK Seri Perak Teluk Intan. Di upload atas permintaan Ustazah Che Noraini Abdullah, bekas Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Perak yang kini sedang bertugas di salah sebuah sekolah di Selama, Perak...


Rehal P&P Pelajar dan Rak Fail di Bilik PISBAQ


Rak Fail Dan Almari Peralatan Kesenian di Bilik PISBAQ

Pameran Anugerah yang diperolehi

Papan Putih dan Meja Guru Untuk P&P

Sabtu, 15 Oktober 2011

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Surau Baru SMK Seri Perak - 15 Oktober 2011

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Surau Baru 
oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Naimah Bt. Ali
Tarikh : 15 Oktober 2011

Dengan doa kepada Allah Taala agar pembinaan surau baru dapat dilaksanakan 
secepat mungkin dan berjalan lancar..

Dermawan yang ingin menderma atau memberi wakaf boleh bank-in ke akaun berikut :

1.  BANK CIMB         :   0801-0000061-10-2
2.  BANK ISLAM         :   08-031-02-052202-1

Banner Pecah Tanah


Tetamu Bergambar Kenangan

Ucapan NYDP PIBG Tn Hj. Ramli Abd. Rashid

Ucapan Perasmian Pengetua Pn. Hjh. Naimah

Pengetua merasmikan Pecah Tanah

Pengetua dan NYDP PIBG memotong riben

Papan Tanda Pembinaan Surau Baru

Radio IKIM FM