Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Jumaat, 27 Januari 2012

Assalamualaikum wbt...

Daripada : Ustaz Mohd Azlan Bin Mohd Noor..
Kepada : Semua GPI SMK Seri Perak Teluk Intan..

Hari ini tergerak di hati untuk update blog ini yang telah diwujudkan semenjak tahun lepas.. Kerana selepas ini username dan password mungkin akan ditukar oleh admin baru Ustazah Hafizah Salwa.. Ana mengucapkan jutaan syukran kepada antum dan antunna semua selama Ana bertugas di SEMARAK selama 10 tahun.. Berukhuwwah dengan antum dan antunna semua (Ustaz Osmera, Ustaz Alias, Ustaz Redhuan, Ustazah Nor Zakiah, Ustazah Siti Mariam(GKBSmart), Ustazah Umuhani, Ustazah Fadzilah, Ustazah Maslina, Ustazah Zahani, Ustazah Zarina, Ustazah Azura, Ustazah Hafizah Salwa, Ustaz Zaidi) adalah satu kenangan yang abadi dan tidak dapat dinilai dengan kata2, kerana SEMARAK adalah sekolah pertama Ana dan di situlah segala pengalaman sebagai guru Ana perolehi.. Hanya Allah sahaja yang tahu nilainya.. Ampun dan maaf diucapkan kerana meninggalkan antum dan antunna dengan seribu macam kesusahan kerana menunggu pengganti yang mungkin tak akan muncul kerana kiraan guru yang di anggap lebih oleh PPD dan JPN.. Harapan Ana agar antum dan antunna terus kukuh, aktif, berketrampilan dan menjadi contoh ikutan di persada SEMARAK.. Teruskanlah keteguhan ukhuwwah, bergeraklah seiringan, mudahan kecemerlangan GPI SEMARAK terus gemilang.. Ana doakan antum dan antunna semua terus berjaya di dunia dan di akhirat.. Doakan juga kesejahteraan untuk Ana.. Dan sampaikanlah salam Ana untuk semua warga SEMARAK..

Sekian, syukran jazilan.

Daripada :
Akhukum Fillah;

Ustaz Mohd Azlan Bin Mohd Noor
Ex-GPI SEMARAK (20 Mac 2001 hingga 5 Januari 2012)

Radio IKIM FM