Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Sabtu, 28 Mei 2011

Rabu, 18 Mei 2011

SUARA MAKDIS EDISI KE3 2011/MEI

Assalamuaikum..

Dipaparkan Suara MAKDIS edisi terbaru untuk tatapan semua..




Alamat e-mail Kumpulan Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Perak Teluk Intan ialah :

1. pisbaqsemarak@gmail.com
2. makdis_sp@yahoo.com

Isnin, 16 Mei 2011

Sambutan Hari Guru 2011 Peringkat SMK Seri Perak - 16 Mei 2011

Panitia Pendidikan Islam Mendapat Anugerah

Ketua Kumpulan Nasyid IQ menerima piala naib johan Festival Nasyid Negeri


Upacara potong kek Hari Guru bersama guru-guru yang dilahirkan pada bulan Mei 

Pelajar menyemat bunga roset ke baju Pengetua

Persembahan Kumpulan Kompang Formasi (Naib Johan Daerah 2011)

Lagi Persembahan Kumpulan Kompang Formasi

Persembahan Dikir Barat Kumpulan Dikir Semarak Alam Lagu 1 (Jogho)

Persembahan Dikir Barat Kumpulan Dikir Semarak Alam Lagu 2 (Tukang Karut)

Alhamdulillah, Kumpulan IQ masih mengekalkan prestasi..



IQ Di Festival Nasyid Negeri Perak 2011

Alhamdulillah, selesai sudah Festival Masyid SSKPM Peringkat Negeri Perak pada 13 hingga 14 Mei yang lalu di SBPI, Gopeng.. Pertandingan yang cukup sengit dalam kategori Sekolah Rendah dan Menengah.. Semua pasukan telah mampu meningkatkan prestasi tanda sudah memahami peraturan dan skima FNSSKPM.. Syukur pada Allah, Kumpulan IQ masih mengekalkan prestasi yang membanggakan walaupun sekadar Naib Johan (Naib Johan sudah menepati target dan SKT Jurulatih walaupun target Pengetua Johan).. Setelah kehilangan Jurulatih berpengalaman Ustaz Mohd Zulkifli yang sekarang ini bertugas di SMKASAS dan menjadi Jurulatih Kumpulan Sofwatunnur (Johan), dibimbangi prestasi IQ akan merudum.. Berkat pertolongan Allah Taala, usaha para Ustaz2, Ustazah2, Cikgu2 serta Ahli IQ disamping dorongan Barisan Pentadbir Sekolah (Khususnya Pengetua dan Penolong Kanan yang hadir bersama menyaksikan IQ berentap)  dan Pegawai PPD, IQ masih bernafas segar.. Semoga usaha menjadikan Nasyid, Etos sekolah dalam bidang Ko-Kurikulum dapat diteruskan.. Syabas kepada semua yang terlibat di atas pengorbanan masa, tenaga, kewangan kalian.. Usrah IQ 2011 ingatlah! Redha Allah paling utama..

Keputusan Penuh FNSSKPM Negeri Perak 2011 :
Tarikh : 13-14/5/2011

Kategori Sekolah Rendah :
Johan : SK Sri Setiawan, Manjung (Soutul Naajihin)
Naib Johan : SK Tambun, Kinta Utara
Tempat Ke3 : SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar

Kategori Sekolah Menengah :
Johan : SMKA Sultan Azlan Shah, Perak Tengah (Sofwatunnur) 85%
Naib Johan : SMK Seri Perak, Hilir Perak (IQ) 78%
Tempat Ke3 : SMKA Kerian, Kerian (Nurrahman) 76%

Lagu Nasyid yang telah disampaikan oleh IQ ialah :
1. Lagu Masri : Akidah kukuh Sahsiah Terpuji
2. Lagu Komtemporari : Tunaikanlah Ibadah Zakat

"SEMARAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN".. Ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster Kecemerlangan.. Wassalam



IQ segak dengan persembahan terbaik

Perkusinis IQ juga dengan persembahan terbaik

Menerima hadiah sebagai Naib johan

Atas : Alif, Faishal, Ustaz Syukri Al-Salam (Penolong PPD Hilir Perak),
Ustaz Azlan (Jurulatih), Sa'adul, Furqan
Bawah : Shahrul Anwar, Faris, Rashid, Hairul Anuar, Rahmad


Persembahan Kumpulan IQ di FNSKPMNP 2011
Lagu 1 : Aqidah Kukuh Sahsiah Terpuji
Lagu 2 : Tunaikanlah Ibadah Zakat


 

Radio IKIM FM