Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Isnin, 27 Februari 2012

Program Marilah Bersuci 2012

Program Marilah Bersuci 25 Februari 2012 : program ini adalah satu program tambahan yang dianjurkan oleh AJK MAKDIS 2012 sebagai salah satu cara bagi menyelesaikan permasalahan pelajar tentang bersuci iaitu khusus perkara berkenaan dengan Mandi Wajib. Walaupun tajuk bersuci ini telah pun sedia ada dalam silibus PAFA namun rata-rata pelajar masih menganggap ia sesuatu yang menyusahkan. Dan ramai pelajar yang memandang enteng perkara ini. Sedangkan bersuci daripada hadas besar dan hadas kecil adalah suatu perkara yang wajib difahami,dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Ini kerana ia berkaitan dengan ibadat wajib dan ibadat-ibadat lain seharian kita.

Tentatif program :

3.40 petang : pelajar diasingkan dan berkumpul perempuan di Dewan Kuliah dan lelaki Dewan Besar
4.00 petang : Ceramah bermula
4.45 petang : Kuiz
5.15 petang : Sesi Soal Jawab

Majlis berakhir dengan solat asar secara berjemaah dan bersurai. Harapan semua guru khususnya AJK Makdis kepada semua pelajar agar dapat mengambil manfaat secara maksima daripada program ini kerana ia khusus untuk mereka sebagai ilmu yang amat berguna. InsyaAllah..Ya Allah Ya Latif lembutkan hati-hati pelajar ini untuk menerima ilmu Mu Ya Allah Ya Aziz semangatkanlah diri pelajar-pelajar SEMARAK ini untuk mengamalkan ilmuMU Ya Allah..Amin Ya Rabb..

ceramah yang disampaikan oleh ustazah yang amat berkaliber al-fadhilah Ustazah Zarina Kasbon

pengerusi majlis...nampaknya macam pertama kali..


pelajar perempuan kali ini begitu berminat mendengar..semoga terkesan dihati dan dipraktikkan..
Amin ya Rabb.

sesi kuiz yang sangat ceria dan memberangsangkan pelajar kali ini dikendalikan 
oleh Ustazah Zahani Hirawana 

semua bergerak aktif ke depan menjawab soalan..dapat hadiah..mesti laju


ada kuiz untuk guru-guru..ini lah pemenangnya cikgu Nor Azimah


cikgu Aishah turut menyampaikan hadiah kepada pelajar yang menjawab dengan betul

Akhirnya terima kasih kepada guru-guru yang terlibat sama ada sebagai pendengar dan AJK. Juga tidak lupa kepada PK Petang Pn Rokiah Ahmad yang sentiasa memberi ruang dan peluang menyokong semua program-program yang memberi pendidikan secara langsung sama ada dalam bentuk P&P mahupun program sekolah. Admin Pisbaq juga memohon maaf kerana gambar-gambar untuk pelajar lelaki bersama dengan penceramah yang tidak asing lagi al-Fadhil Ustaz Alias Ali tidak dapat dimuatnaik. InsyaAllah akan diperbaiki pada masa yang akan datang.

Ahad, 26 Februari 2012

Multaqa MKAA 2012

Pada hari Khamis, 23 Februari 2012 bertempat di Dewan Kuliah telah diadakan program tahunan MKAA iaitu Multaqa MKAA 2012. Alhamdulillah majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan beberapa pengisian yang amat berguna untuk pelajar Kelas Aliran Agama sesi 2012..insyaAllah. Semoga semua yang diperkatakan oleh barisan pentadbir diambil serius oleh semua pelajar KAA Semarak. 

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada PK HEM Tn Hj Akhyar menyentuh tentang ciri pakaian pelajar KAA yang sepatutnya sama ada semasa P&P ataupun semasa PJ. Seterusnya disambung pula dengan ucapan PK 1 Pn Hjh Aliah menyentuh tentang cara belajar. Seharusnya pelajar KAA yang mendapat keistimewaan tinggal di asrama dapat memanfaatkan masa yang terluang untuk belajar secara berkumpulan ataupun secara sendiri. Seterusnya amanat daripada Tuan Pengetua Tn Hj Masri yang amat bermakna....

Harapan sangat tinggi daripada pihak pentadbir dan semua guru kepada semua pelajar KAA ini. Pelajar KAA adalah pelajar yang amat terpilih kerana mereka ini ditawarkan masuk untuk belajar. Oleh kerana, mereka adalah pelajar terpilih maka seharusnya mereka menunjukkan prestasi akademik , Sahsiah dan kokkurikulum yang mantap dan terserlah. 
bilangan pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki dalam Kelas Aliran Agama ini

sesuatu yang difikirkan oleh ust osmera mungkin berdoa..moga pelajar KAA kali ini jadi pelajar yang soleh solehah dunia akhirat insyaAllah

menunggu untuk memberi amanat yang penting..Tn Hj Masri 

sangat prihatin....PK Petang Pn Rokiah

Akhir kalam..tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Kepada semua guru-guru yang mengajar KAA semoga tidak jemu mendidik mereka. Teguran, marah dan nasihat anda akan menjadikan mereka manusia yang berguna dunia dan akhirat insyaAllah...wassalam





Jumaat, 17 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H DI DEWAN BESAR SEMARAK

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H
11 Februari 2012 Dewan Besar SEMARAK
Pengarah : Pn. Zarina bt Kasbon
Timb Pengarah : Pn Umuhani bt Mustakin
Anjuran : JK Makdis

Majlis baru bermula
 pelajar seronok mendengar..mungkin ada perkara yang melucukan
pelajar perempuan khusyuk mendengar
 Majlis 2 in 1..Pelancaran Program Iklim Dini..Jom Ikut ! Sunnah Nabi Muhammad saw..
ceramah Maulud disampaikan oleh Ustaz Alias Ali

Semoga program seumpama ini akan dapat diteruskan dengan pelbagai lagi pembaharuan yang lebih menarik untuk mengingatkan semua warga SEMARAK tentang kekasih ALLAH...Nabi Muhammad saw...tahniah kepada semua JK Makdis 2012


Isnin, 13 Februari 2012

Pamplet Program Sambutan Maulidur Rasul 1433H di SEMARAK

Pamplet Program Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Alhamdulillah..program ini telah pun berjalan dengan lancar secara berasingan sesi pagi dan petang. Ceramah telah disampaikan oleh Ust. Fathillah..insyaAllah laporan lanjut akan disertakan bersama dengan gambar...


SUARA MAKDIS 1 : Edisi MalidurRasul 1433H

sebarang perkongsian dan sebaran amat digalakkan. sekian terima kasih daripada Admin..

Radio IKIM FM