Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Selasa, 18 Oktober 2011

Persaraan Pengetua SMK Seri Perak, Pn. Hjh. Naimah Bt. Ali

Salam... beberapa hari lagi satu lagi sejarah persaraan Pengetua akan termaktub di SMK Seri Perak. Pn. Hjh. Naimah Bt. Ali seorang Pengetua yang berdedikasi, berprinsip, tegas dan berani akan menamatkan perkhidmatan beliau dalam sektor awam pada tanggal 19 Oktober 2011... Sambutan persaraan beliau akan diadakan pada 20 Oktober 2011 atas permintaan beliau kerana ingin menamatkan perkhidmatan hingga saat-saat terakhir iaitu 4.30 petang pada 19 Oktober 2011.. Selamat bersara Puan Naimah, semangat pengorbananmu akan kami abadikan dalam memori..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Radio IKIM FM