Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Rabu, 23 November 2011

Pagi yang mengejutkan..



Salam.. pagi ini kita dikejutkan dengan berita perginya Penolong Pengarah SPI JPN Perak Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fadzil Dasuki ke rahmatullah atas sebab kemalangan jalanraya di lebuhraya berdekatan Kuala Kangsar.. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping.. Allahyarham adalah seorang pegawai SPI yang sangat peramah dan disenangi oleh semua GPI seluruh negeri Perak.. Amat benarlah sabda Rasulullah saw tentang kematian-kematian yang mengejutkan di akhir zaman ini.. Mudahan Roh beliau ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang diterima segala amalan di sisi Allah dan berada bersama para shuhada' dan solehiin..aamiin, Al-Fatihah..

Ahmad Fadzil Dasuki
Allahyarham Ustaz Ahmad Fadzil Dasuki
Jasa dan baktimu menegakkan Dakwah Islamiah akan sentiasa dikenang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Radio IKIM FM