Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Khamis, 29 Mac 2012

Program 5 Minit Bersama Muallim

Alhamdulillah..satu lagi program yang dapat dimanfaatkan untuk warga SEMARAK...

Program ini telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua Tn Hj Masri Suwarto. Program ini mengharapkan semua warga SEMARAK dapat membudayakan semua adab ini di sekolah dan juga di luar kawasan sekolah. Setiap guru yang terpilih mengikut jadual akan menyampaikan tazkirah sewaktu perhimpunan rasmi yang melibatkan semua guru bukan sahaja ustaz dan ustazah. Semoga ini memberi kesan yang sangat bermakna dalam diri warga SEMARAK insyaAllah..Ya Allah Ya Hafiz perelokkanlah akhlak kami dengan akhlak yang mulia...
Amalkan adab berikut:
ü Adab memberi  salam
ü Adab menjaga fitrah lelaki & perempuan
ü Adab berguru(menuntut ilmu)
ü Adab menjaga harta sekolah
ü Adab menjaga maruah diri
ü Adab makan & minum
ü Adab terima nikmat & musibah
ü Adab zikrullah
ü Adab berpuasa
ü Adab berhari raya
ü Adab berdoa
ü Adab terhadap ibu bapa
ü Adab menghormati Rasulullah
ü Adab di masjid & surau
ü Adab membaca Al-Quran
ü Adab berkawan
Anjuran:
MAKDIS(Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah)
SMK Seri Perak, Teluk Intan 2012


Majlis Pelancaran untuk sesi petang oleh Pn Hjh Rokiah Ahmad selaku PK Petang SEMARAK dan beliau sendiri telah menyampaikan tazkirah yang pertama untuk anak didik sesi petang iaitu ADAB MEMBERI SALAM



ADAB MEMBERI SALAM
Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.”     
(HR. Muslim 2162)

1.     Digalakkan mengucapkan salam tiga kali jika memberi salam kepada khalayak yang ramai supaya semua dapat mendengarinya.
2.     Sunnah bagi orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.
3.     Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
4.     Disunatkan memberikan salam di waktu masuk ke suatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya.
5.     Disunatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong
6.     Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat
7.     Disunnatkan memberi salam kepada kanak-kanak,
8.     Disunnatkan memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.
9.     Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.Disunatkan kepada seseorang berjabat tangan dengan saudaranya. 
10.Dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya. 
11.Haram berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram.

MTQ - Majlis Tadarus Al-Quran Zon Teluk Intan

Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Zon Teluk Intan telah berlangsung dengan jayanya di SMK Dato' Sagor Langkap dengan bertemakan Al Quran Menjana Tranformasi Ummah. Acara yang dipertandingkan adalah Tilawah, Hafazan dan Syarahan. Alhamdulillah SMK Seri Perak telah menghantar penyertaan untuk semua acara dan telah berjaya mendapat Johan dan Naib Johan untuk Tilawah dan Hafazan. Manakala untuk syarahan masih dalam penyertaan. Apapun tahniah untuk semua peserta dan jurulatih yang telah bertungkus lumus membuat persediaan rapi untuk MTQ kali ini. Semoga penyertaan ini memberi impak yang besar dalam diri anak didik kita dan juga dapat mengharumkan nama sekolah. insyaAllah.

peserta tilawah lelaki...
peserta tilawah perempuan Nor Azwa
jurulatih hafazan dan tilawah Ustazah Zarina 
 peserta syarahan lelaki Wan Hariz
perserta syarahan perempuan Raihan
peserta hafazan lelaki Mirzan
peserta hafazan perempuan...
jurulatih yang sentiasa ceria Ustazah Ummuhani dan Ustazah Zahani sebagai pengiring peserta
Ustaz Osmera yang tekun mendengar hafazan..




Rabu, 21 Mac 2012

PROGRAM SMART SOLAT 2012

PROGRAM SMART SOLAT
SELASA 9 dan 10 JANUARI 2012
DEWAN KULIAH DAN DEWAN BESAR

Solat Fardhu Berjamaah wajib dilaksanakan oleh para pelajar SMK Seri Perak khususnya solat fardhu zohor dan asar. Justeru itu, panitia Pendidikan Islam telah menyusun program ini agar dapat mewujudkan sunnah Rasulullah yang mementingkan solat berjamaah di samping dapat melahirkan imam-imam pelapis sesi petang SMK Seri Perak serta menambah pahala bagi ibadat yang dilakukan. 

OBJEKTIF

Melahirkan warga SMK Seri Perak yang memiliki sahsiah diri yang
mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
     
            Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadah demi      
            menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan  
            duniawi dan ukhrawi.

Melahirkan imam-imam pelapis sesi petang SMK Seri Perak.

Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah Islamiah antara warga  SMK Seri Perak.

Penceramah bagi pelajar perempuan Ustazah Zarina
 
 Penceramah bagi pelajar lelaki
Barisan imam yang dilantik daripada kalangan tingkatan 1 dan 2
praktikal menjadi imam dan juga cara untuk makmum yang masbuq dan muafiq
imam yang dilantik menerima watikah perlantikan berupa 'buku poteng solat' disampaikan oleh kaunselor
pelajar berikrar untuk solat berjemaah...

Alhamdulillah, program ini dilaksanakan sebagai salah satu pengisian penting awal tahun supaya pelajar dapat melaksanakan solat berjemaah. Program mendapat sokongan yang amat baik daripada pihak pentadbir. Semoga program ini menjadi program tahunan kepada pelajar sekolah SEMARAK.


 

Jumaat, 9 Mac 2012

Selamat meneruskan perjuangan..

Jamuan Perpisahan Ustaz Mohd Azlan dan Ustazah Siti Mariam 
Tempat : Wana Cafe Rest House Teluk Intan
Selepas Isya 
13 Januari 2012...
cover istimewa untuk yang diraikan.....
cover istimewa untuk yang diraikan.....
usrah Ustaz Alias Ali...
Usrah Ustazah Siti Mariam ..dan Ustaz Azlan datang seorang kali ini..
usrah ustaz Osmera...sibuk melayan anak-anak..
usrah ustazah Zarina..apa yang menarik tu
usrah ustazah Azura...tapi yang pakai tudung hitam itu bukannya...
usrah ustazah Umuhani..KP baru..insyaAllah Rabbi yassir walatu'assir
usrah ustazah Hafizah Salwa..
usrah ustazah Zahani Hirawana..sibuk melayan anak-anak sehingga tidak dapat duduk..
sesi ucapan yang sangat menyentuh hati..sehingga ada yang menitiskan air mata..dan penyampaian hadiah tanda kenangan dan penghargaan
bergambar kenangan...semoga ukhuwah sentiasa tersimpul erat walau dimana berada insyaAllah

*mohon maaf atas kelewatan admin meng'upload' kenangan ini. Semoga semua terhibur...mohon maaf juga kepada usrah ustaz zaidi, ustaz redhuan,  ustazah zakiah dan ustazah fadhilah..gambar tidak dapat dirakamkan di sini..semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga kita insyaAllah...amin.




Rabu, 7 Mac 2012

Festival Nasyid Remaja Islam 2012

Festival Nasyid Remaja Islam Daerah Hilir Perak, 4 Februari, Arena Square Teluk Intan : Alhamdulillah baru-baru ini 2 pasukan nasyid Semarak telah berjaya menghantar penyertaan iaitu lelaki dan perempuan. Majlis berlangsung dengan jayanya dan pasukan sekolah berjaya mendapat Naib Johan bagi pasukan nasyid lelaki dan tepat ke 4 untuk pasukan nasyid perempuan..admin mendoakan semoga nasyid ini bukan sekadar untuk dipertandingkan tetapi dapat menyampaikan mesej-mesej dakwah dikalangan pendengar juga kepada ahli nasyid itu sendiri terutama dalam menerapkan nilai-nilai akhlak. Ini kerana lirik nasyid yang berkesan akan terkesan ke dalam hat pendengar apabila didendangkan dengan penuh penghayatan dan pengamalan..insyaAllah. Ya Allah Ya Hafiz peliharalah akhlak remaja pada zaman sekarang daripada leka diulit hiburan-hiburan yang melalaikan hati dan perasaan.

pasukan nasyid lelaki yang segak bergaya..
*admin terlupa nama kumpulan insyaAllah akan di edit kemudian...

nampaknya bergitu bersahaja pemain alat muzik ini...

kumpulan Humaira'...begitu bersopan santun..


Semoga lebih maju dan lebih mantap pada masa akan datang dalam menyampaikan mesej dakwah diusia muda insyaAllah. Syabas kepada semua peserta nasyid atas sumbangan anda untuk sekolah dan juga untuk ISLAM..insyaAllah. Siiru'alabaarakatillah.amin..

Radio IKIM FM