Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Khamis, 29 Mac 2012

Program 5 Minit Bersama Muallim

Alhamdulillah..satu lagi program yang dapat dimanfaatkan untuk warga SEMARAK...

Program ini telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua Tn Hj Masri Suwarto. Program ini mengharapkan semua warga SEMARAK dapat membudayakan semua adab ini di sekolah dan juga di luar kawasan sekolah. Setiap guru yang terpilih mengikut jadual akan menyampaikan tazkirah sewaktu perhimpunan rasmi yang melibatkan semua guru bukan sahaja ustaz dan ustazah. Semoga ini memberi kesan yang sangat bermakna dalam diri warga SEMARAK insyaAllah..Ya Allah Ya Hafiz perelokkanlah akhlak kami dengan akhlak yang mulia...
Amalkan adab berikut:
ü Adab memberi  salam
ü Adab menjaga fitrah lelaki & perempuan
ü Adab berguru(menuntut ilmu)
ü Adab menjaga harta sekolah
ü Adab menjaga maruah diri
ü Adab makan & minum
ü Adab terima nikmat & musibah
ü Adab zikrullah
ü Adab berpuasa
ü Adab berhari raya
ü Adab berdoa
ü Adab terhadap ibu bapa
ü Adab menghormati Rasulullah
ü Adab di masjid & surau
ü Adab membaca Al-Quran
ü Adab berkawan
Anjuran:
MAKDIS(Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah)
SMK Seri Perak, Teluk Intan 2012


Majlis Pelancaran untuk sesi petang oleh Pn Hjh Rokiah Ahmad selaku PK Petang SEMARAK dan beliau sendiri telah menyampaikan tazkirah yang pertama untuk anak didik sesi petang iaitu ADAB MEMBERI SALAM



ADAB MEMBERI SALAM
Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.”     
(HR. Muslim 2162)

1.     Digalakkan mengucapkan salam tiga kali jika memberi salam kepada khalayak yang ramai supaya semua dapat mendengarinya.
2.     Sunnah bagi orang menaiki kenderaan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua.
3.     Disunatkan memberi salam dalam nada tegas dan jelas dan demikian pula ketika menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Ini bermakna tiada istilah “menjawab salam di dalam hati” kerana kita hendaklah menjawab salam yang diberikan supaya pemberi salam dapat mendengar jawapan salam tersebut.
4.     Disunatkan memberikan salam di waktu masuk ke suatu majlis dan ketika hendak meninggalkannya.
5.     Disunatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong
6.     Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang buang hajat
7.     Disunnatkan memberi salam kepada kanak-kanak,
8.     Disunnatkan memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.
9.     Disunatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam melalui orang lain.Disunatkan kepada seseorang berjabat tangan dengan saudaranya. 
10.Dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang diajak berjabat tangan itu melepasnya. 
11.Haram berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Radio IKIM FM