Tazkirah



Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Jumaat, 2 Mac 2012

Jamuan perpisahan Ustaz Zaidi

Datang dan pergi adalah lumrah kehidupan warga Semarak juga sekolah-sekolah yang lain.Belum pun genap 2 tahun Ustaz Zaidi di Seri Perak, kini beliau ditukarkan ke SMK Rungkup untuk meneruskan tugasan mendidik anak-anak bangsa. Walaupun dengan hati yang berat warga Semarak sesi petang terutama panitia Pendidikan Islam dan panitia KH akan tetapi demi kepentingan perkhidmatan direlakan jua. InsyaAllah semua warga Semarak mendoakan Ustaz Zaidi akan mendapat lebih banyak pengalaman apabila menjalankan tugas disana.

kek yang sangat sedap ditempah oleh k.zarina....siapa yang terpikat boleh minta no contact..

hadiah khas untuk ustaz daripada panitia Pisbaq..

hadiah daripada guru-guru dan juga khas daripada PK Petang Pn Rokiah Ahmad..

tak lupa juga hadiah daripada Panitia KH..

ini hadiah khas daripada ustazah zarina dan juga suami Ustaz Syukri As-Salam..tanda penghargaan menerima tugasan dengan hati yang lapang insyaAllah..

akhirnya jamuan...ya sungguh gembira cik yashota kerana sudah boleh menjamu selera

ada jugak acara potong kek rupanya..semoga dimudahkan tugasan ditempat baru. 
Rabbi yassir wala tu'assir..













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Radio IKIM FM